Unit Kokurikulum JPN Perlis
Sistem PAJSK
CARTA KOKURIKULUM DAN SUKAN
DASAR KOKURIKULUM
A. GURU
1)Melibatkan penyertaan semua guru dalam kegiatan kokurikulum kerana kokurikulum merupalan
sebahagian daripada kurikulum sekolah.
2)Setiap guru wajib menganggotai sekurang-kurangnya satu unit dalam bidang-bidang kokurikulum
yang dianjurkan :-
a.Unit Beruniform
b.Persatuan/ kelab
c.Sukan dan permainan [1M1S]
3)Kehadiran guru adalah wajib sama seperti hari-hari persekolahan.
Setiap guru bertanggungjawab setiap bidang kokurikulum bergerak aktif mengikut program yang
dirancang.Setiap guru bertanggungjawab ke atas keselamatan murid-murid dan sentiasa berada
bersama murid semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
Pelaksanaan aktiviti hendaklah mematuhi peraturan/pekeliling KPM yang ditetapkan.
B. MURID
1)Melibatkan penyertaan semua murid dalam kegiatan kokurikulum mengikut bakat, kebolehan dan
minat pilihan mereka dalam bidang-bidang:
a. Unit Beruniform
b. Persatuan / Kelab
c. Sukan dan Permainan
2)Setiap murid (Tahun 3,4,5 &6) wajib menganggotai satu unit dalam bidang kokurikulum yang
dianjurkan, satu unit beruniform, satu persatuan/ kelab dan satu permaian.
3)Murid – murid yang dikecualikan untuk menyertai aktiviti kokurikulum adalah murid –murid yang
mendapat pengesahan daripada doktor. Pengecualian hanya melibatkan aktiviti permainan sahaja.
4)Kehadiran murid adalah wajib.
5)Setiap murid mesti mematuhi peraturan, arahan dan berdisiplin semasa aktiviti kokurikulum
dijalankan.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2006
PANDUAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN KOKURIKULUM SEKOLAH
KLIK SINI